Bacalah maklumat di lelaman ini dengan teliti dan fikirlah tentang kesihatan dan perubahan fizikal anda, inshaallah anda berjaya dan akan lebih bahagia.
Anda tidak selesa dengan berat badan anda? Anda berasa sukar untuk bergaya? Anda rungsing dengan kesihatan anda? Anda rasa agak sukar untuk membuat kerja-kerja seharian? Anda teringin kelihatan menawan atau macho seperti teman anda yang lain? Atau anda dah bosan kerana sering saja di hina atau di keji, hanya kerana berat badan anda?
Jika itu masaalah yang anda hadapi, jangan bimbang dan ragu, mesti ada jalan pengeselesaianya, yang penting anda mesti usaha, bila berjaya pasti anda bahagia, betul tak?

Wednesday

Langsing untuk lelaki juga.


Badan yang langsing, pinggang yang ramping, rupa yang cantik dan keperibadian yang mempersonakan, itulah ciri-ciri wanita idaman semua jejaka, lebih lagi kalau lelaki itu tampan, bergaya dan macho, kata orang mereka adalah lelaki yang mudah memikat gadis yang cantik, kata orang sama padan kan, tidak dapat di nafikan lelaki yang berbadan gempal juga adakalanya dapat memikat si cantik manis. 

Buat jejaka yang berbadan gempal tetapi baik hati, saya disini ingin menasihatkan anda, kalau anda sudah mempunyai teman wanita yang cantik dan pandai menjaga bentuk tubuh badannya, mengapa tidak anda? Bukan hanya untuk menunjuk-nunjuk tetapi amat penting untuk kesihatan juga. Yang masih solo tu cepat-cepatlah ubah penampilan, bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri juga. Selalu saja kita dengar si suami tidak  puas hati dengan penampilan isteri selepas berkahwin, "belum kawin kurus dah kawin gemuk pula" habis macamana pula dengan si suami yang kadang kalanya berperut buncit. ( maaf cakaplah ye...).

Fikirkanlah wahai kaum adam yang budiman, jaga penampilan agar anda sentiasa kuat dan sihat walaupun umur sudah senja. 


**Saya disini sedia membantu anda hingga anda benar-benar langsing.